Melawan Musuh yang Bacul lagi Memalukan

1. Belakangan ini satu persatu isu sensitif yang berlegar dimedia sosial khasnya berkaitan umat islam. Isu-isu ini dimainkan dan diangkat sebagai perbincangan dalam kalangan rakyat seolah-olah ketika bulan Ramadan inilah peluang keemasan untuk memijak maruah umat Islam.

2. Serangan yang dilakukan adalah ibarat seorang pengecut, tidak dihormati kerana mereka tahu mereka tidak berupaya menang secara berdepan. Jadi digunakan semua platform untuk menyerang kepentingan umat islam. Semua orang harus melihat jijiknya golongan-golongan ini menggunakan segala ruang yang ada sehinggakan zakat yang dibayar orang Islam sekalipun nak diguna sebagai political milleage.

3. Sedarkah kita serangan isu-isu sensitif ini bukan ditujukan kepada individu tertentu tetapi kepada orang Melayu dan Islam keseluruhannya? Api yang dinyalakan ini terus menerus ditiup oleh angin sehingga marak membakar kawasan sekeliling. Sampai bila orang melayu mahu terus dibakar api sebegini?

4. Walaupun begitu, kita amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan peluang buat kita berdepan dengan musuh sebegini. Jika golongan sebegini memuji, menyokong dan mengangkat kita, kita patut berasa janggal kepada diri sendiri. Kita patut bertanya adakah kita berada di pihak yang benar atau sebaliknya.

5. Sekalipun perbuatan-perbuatan mereka ini adalah tidak bermoral, tidak jujur, kita sudah tentu tidak boleh membalas sedemikian rupa. Menjadi seperti mereka menandakan kita adalah sebahagian dari mereka. Kita perlu berdiri tinggi, terus bersama dengan orang islam yang jujur mempertahankan agamanya. Kata Buya Hamka, ‘Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan’.

Dr Mohammad Faezuddin bin Shamsualharis
Aktivis ISMA Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat