Pembina Sabah Lancar Kit Homeschooling bantu golongan B40 dan Stateless

KOTA KINABALU, 24 Jun – Pembina Sabah dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu melancarkan program Kit Homeschooling bermula awal Jun lalu.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar sekolah rendah golongan B40 dan stateless di sekitar Kota Kinabalu.

Antara objektif utama program ini adalah untuk meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Darwins Affandy merangkap pengarah Program Kit Homeschooling ini berkata, terdapat sebilangan besar keluarga asnaf di Sabah terjejas sumber kewangan keluarga sejak PKP fasa pertama dilaksanakan pada awal Mac 2020.
“Pembina Sabah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Kit Homeschooling ini iaitu membantu menyediakan barang keperluan persekolahan seperti alat tulis, buku aktiviti dan sebagainya. Fokus utama pembahagian kit ini adalah anak-anak sekolah rendah golongan B40,” katanya.

Darwins Affandy berkata Program Kit Homeschooling ini meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM10,000.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkan ke akaun ISMA Kota Kinabalu di 5602 1405 8721 (Maybank) dan hantar bukti pembayaran kepada Cik Nur Fareha, 018 964 0276.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat