Pesta Arak Oktoberfest Tidak sesuai, Kenyataan Ahli Parlimen DAP Memalukan

Malaysia adalah sebuah negara yang beridentitikan Islam yang majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Kuat berpegang dengan tatasusila budaya dan cara hidup berteraskan aqidah.

Oktoberfest adalah budaya penganjuran pesta minuman beralkohol yang tidak selari dengan identiti negara. Ia popular di negara Barat dan tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Meskipun bermasyarakat majmuk, ia bukan lesen untuk meneruskan penganjuran pesta yang tiada kena mengena dengan budaya negara.

Tidak timbul isu bersikap keras kepada orang bukan Islam dan tidak hormati hak mereka. Tiada siapa yang halang mereka minum dalam tempat tertutup, tetapi bukan berpesta.

Kita percaya majoriti orang bukan Islam faham dan menghormati tatasusila budaya di negara ini.
Yang pelik kenapa pula Ahli Parlimen Raub ini berdegar-degar menjadi jurucakap orang lain dalam hal ini? Tidak perlu menjadi juara dalam hal yang melibatkan dosa besar dalam agama.

Sepatutnya kita orang Islam terus menasihatkan bahawa berpesta arak, pastinya minum secara berlebihan, merosakkan akal dan menghancurkan negara.

Kita mendesak agar pihak berkuasa jangan berikan lesen penganjuran pesta arak ini dan jangan sekali-kali juga berikan lesen mengiklankan pesta ini di khalayak.

https://www.malaysiakini.com/news/630294

Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Presiden ISMA
3 Ogos 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat