RELAWAN MUDA, PEMUDA ISMA Melaka Tengah Bantu Mangsa Banjir.

Oleh: Nurul Aizam Zaini
DURIAN TUNGGAL, 23 Nov – PEMUDA ISMA Melaka Tengah bergegas ke lokasi banjir sejurus mendapat berita air naik di Kampung Padang Kerbau, jumaat lepas.
Hujan lebat yang turun sejak hari jumaat sehingga hari ahad kelmarin menyebabkan banyak kawasan di Melaka dinaiki air.
12 orang dari RELAWAN MUDA, PEMUDA ISMA Melaka Tengah, turun membantu makcik Zaiton, salah seorang mangsa banjir yang terjejas teruk.
“Barang-barang eletrik banyak yang tidak sempat diselamatkan. Air naik dengan cepat”, ujar beliau.
Beliau yang terharu menitiskan air mata ketika RELAWAN MUDA datang membantu. Kata beliau, anak-anak muda yang datang tanpa diminta dan dibayar apa-apa banyak membantu beliau dan keluarga meringankan beban mencuci dan membersihkan rumah.
RELAWAN MUDA sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan semasa dan akan menggerakkan ahli dengan segera bagi membantu masyarakat di Melaka khususnya yang tejejas akibat bencana yang berlaku. Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha PEMUDA ISMA Melaka Tengah. Turut hadir sama adalah Cikgu Muhammad Alif, NYDP ISMA Melaka Tengah.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan sumbangan seperti di nombor akaun ISMA Melaka Tengah seperti di bawah:
Maybank: 5541 2910 1743
Rujukan: Banjir (tulis diruangan rujukan)
Anak muda yang berminat sertai RELAWAN MUDA, boleh hubungi Umar di talian 01132782655
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat