Sajat, Gari dan JAIS

Pertama sekali saya bukanlah orang yang tepat untuk bercakap tentang isu ini. Tetapi saya berasa tergerak untuk mengulas sedikit melalui kaca mata sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

TAHNIAH kepada pihak JAIS kerana berani bertindak mengikut Undang-undang Jenayah Syariah.

Sebenarnya kes ini telah membuka mata masyarakat bahawa pendakwaan di bawah Indang-undang Jenayah Syariah mempunyai hak untuk melakukan apa-apa prosiding mahkamah jika benar-benar sabit dengan kesalahan yang dilakukan.

Perwatakan Sajat dan perbuatannya di media sosial telah menimbulkan pelbagai perspektif buruk terhadap Islam.

Bermula dengan isu jantina, pemakaian yang tidak wajar, hubungan seks songsang dan banyak lagi perkara lain merupakan perlakuan yang sangat wajar diambil tindakan oleh pihak majlis agama Islam.

Kita patut bersyukur bahawa Malaysia ialah negara Islam. Segala perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam boleh disabitkan melalui enakmen yang berkaitan.Bukan hanya nikah, cerai dan rujuk semata-mata.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Siasatan yang mendalam perlu dijalankan. Seperti mana kes Sajat ini, saya berpandangan bahawa pasti ramai pihak pendakwa raya yang mahu membuat laporan namun Sajat masih terselamat.

Terdapat dua perkara yang boleh saya rumuskan daripada video tular Sajat dan pihak JAIS. Dalam video tersebut, Sajat telah mendakwa pihak pendakwa JAIS berkelakuan kasar dan membentaknya semasa menjalankan siasatan walhal perkara tersebut hanyalah spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Sajat sendiri.

Rujuk link video di sini: https://youtu.be/EvY7Vpqq7po
.

1. Adakah betul pihak JAIS berkasar dengan Sajat dan tidak berhak memperlakukan Sajat sebegitu?

– Pihak JAIS berhak menggari Sajat kerana Sajat berkelakuan tidak baik dan tidak memberikan kerjasama semasa siasatan dilakukan.

2. Apakah kesalahan Sajat?

– Pada tahun 2018, Sajat telah berpakaian perempuan (bertudung dan berbaju kurung) semasa majlis Tahlil.

Cuma satu hal yang masih bermain di benak fikiran saya.

Mengapa pihak sekolah tahfiz menyambut baik jemputan Sajat untuk menghadiri majlis tahlil dalam keadaan Sajat yang berkelakuan songsang seperti itu?

Jauh di sudut hati, saya berharap bahawa pihak sekolah tahfiz telah mengambil langkah menasihatinya semasa berjumpa di majlis Tahlil tersebut.

Pesanan kepada Sajat, janganlah menyalahkan agama dalam isu ini. Masyarakat Muslim di Malaysia bukan membenci saudara tetapi berharap agar saudara kembali ke pangkal jalan. Berinfak untuk agama dengan naluri yang benar bukan mengikut nafsu songsang semata.

Melihat yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas bukan sengaja membuatnya sebagai syubhah.

Semoga kita sama-sama mendapat taufiq dan hidayah dariNya. Aamiin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat