Serahan Bakul Kasih Ramadan Di Sekitar Kawasan Panchor dan Paroi

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 17 Mei – majlis serahan bantuan Bakul Kasih Ramadan Ikatan Muslimin Malaysia Isma Cawangan Seremban diteruskan hari ini.

Para penggerak Isma Seremban di sekitar kawasan Panchor dan Paroi telah turun padang telah turun bersama menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan ini pagi tadi.

Antara yang turun padang, bergerak dari rumah ke rumah meyampaikan sumbangan pada hari ini adalah Jk Isma Pusat, Tn Hj Omar Bin Kassim, Naib Yang Dipertua Isma Cawangan Seremban, En Zakri Bin Mohd Zin dan Ketua Wanita Isma Cawangan Seremban, Ustazah Khasliza Sapuan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para penggerak Isma dan para penyumbang yang budiman yang telah menjayakan program Bakul Kasih Ramadan ini.

Moga usaha ini diberkati Allah SWT.

Scroll to Top