SOAL JAWAB MUIS : SETIAP BARANG, PAKAIAN, PINGGAN MANGKUK DAN SEBAGAINYA AKAN DIHISAB KELAK

SOALAN : Ustaz, saya pernah menerima mesej melalui whattsap yang tular mengatakan segala barang-barang, pakaian yang kononya akan dipakai tetapi sampai sudah tidak dipakai , beg yang penuh satu almari, pinggan mangkuk dan tupperware yang menjadi hiasan semata, kasut yang berjenama sekadar dibuat koleksi , tudung, jam dan sebagainya semuanya akan dihisab diakhirat kelak, betul ke?

JAWAPAN :

Secara umumnya setiap nikmat yang kita ada akan dihisab dan dipersoal termasuk segala pakaian, makanan, hatta ilmu pengetahuan pun akan ditanya ke mana amalannya.

Ianya berdasarkan hadis “ Tidak akan berganjak dua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti hinggalah dia ditanya mengenai empat perkara : mengenai umurnya di mana dia habiskan, mengenai waktu mudanya ke mana digunakan, mengenai hartanya dari mana dia dapatkan dan ke mana dia belanjakan, dan mengenai ilmunya ke mana dia amalkannya”

Kemudian dalam al-Quran juga Allah berfirman dalam surah At-Takathur ayat 8 

“Kemudian kamu akan ditanya mengenai nikmat-nikmat (dikurniakan)”.

Jadinya segala apa yang berkaitan dengan kepemilikan kita akan dipersoal ke mana ia digunakan.

Tidak salah untuk membeli pakaian baru, atau menyimpan barang-barang tertentu, ia juga sebahagian daripada perkara yang halal yang diizinkan syariat.

Namun dalam berbelanja dan mengumpul harta benda dan aset, ia perlu diseimbangkan dengan kebertanggungjawaban kita di dunia, dan apa pula yang kita sediakan jawapannya di akhirat.

 

Ustaz Syamil Esa

Majlis Ulama Isma (MUIS)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat