Syed Azizi, Lepasan TVET Mampu Berbakti Kepada Masyarakat

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ambil aliran teknikal dan vokasional (TVET) sering dipandang sepi. Mungkin persepsi masyarakat anggap pekerjaan mereka nanti tidak menghasilkan gaji yang lumayan dan tidak nampak sumbangan kepada masyarakat.

Tapi kisah seorang pemuda ini membuktikan sebaliknya.

10 tahun lalu, berbekalkan tekad dan keazaman yang tinggi anak muda kelahiran Bangi ini nekad meninggalkan universiti demi mencapai minat dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Syed Muhammad Azizi bin Tuan Sembak, 29 tahun, mula mendalami kursus kemahiran elektrikal di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.

Selepas tamat belajar, anak muda ini bekerja sebagai pengurus tapak projek merangkap chargeman.

Minat dan kecintaan terhadap bidang tekikal ini tidak terhenti di situ sahaja. Beliau mahu kepakaran dan kemahirannya ini memberi lebih manfaat kepada masyarakat.

Pelbagai cabaran dan cadangan yang di lontarkan dan akhirnya beliau Berjaya menubuhkan Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KOMTECH), sebuah komuniti yang akan memberikan ilmu teknikal dan kemahiran secara percuma kepada belia-belia di luar sana.

Mulanya usaha ini di pandang enteng kerana sebahagian masyarakat tidak nampak kelebihan dan keperluan bidang teknikal ini.

Tetapi, kejadian banjir besar di Selangor baru-baru ini, membuktikan tenaga mahir anak muda ini sangat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir.

Beliau bersama beberapa lagi temannya menggerakkan sukarelawan KOMTECH yang terdiri daripada mereka yang berkemahiran dalam bidang elektrikal membantu mangsa banjir memeriksa suis utama bekalan elektrik rumah dan membaik pulih pendawaian rumah yang dilakukan secara percuma!

Hasilnya sebanyak 344 buah rumah telah berjaya di bantu.

Usaha ini juga ternyata menarik perhatian media seperti Malaysia Hari ini (MHI), The Star, Bernama, TV3 untuk membuat liputan kerana bantuan yang diberikan oleh sukarelawan KOMTECH berbeza daripada bantuan-bantuan yang lain.

Kini KOMTECH di bawah seliannya telah mempunyai 600 orang keahlian di seluruh Malaysia dengan pelbagai kemahiran.

Niat yang baik ini juga melayakkan anak ke enam daripada 9 beradik ini mendapat pengiktirafan Anugerah Wira TVET mewakili Kementerian Sumber Manusia (KSM) sempena Sambutan Minggu TVET Negara 2022  yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Bukan itu sahaja, Syed Azizi turut mendapat pengiktirafan sebagai  Tokoh Alumni Adtec Shah Alam.

Ujarnya, bidang teknikal dan vokasional ini merupakan tulang belakang industri, jika tiada mereka maka lumpuh industri di Malaysia.

Syabas anak muda!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat