1. Saya suka dasar “Wajib Peroleh Sijil Halal” (WPSH) ni.
2. Sebab pertama adalah ia memudahkan pengguna. Bagi saya, ia sama macam peraturan label allergen. Menurut Peraturan Makanan 1985, pengeluar wajib isytihar bahan yang menyebabkan alahan, seperti susu, telur dan kacang. Peraturan ini digubal bagi mengelakkan rakyat tersalah pilih makanan yang memudaratkan mereka.
3. Samalah seperti isu Halal. Kerajaan bertanggung jawab pastikan makanan rakyat selamat dan jauh dari bahaya. Arak, khinzir dan haiwan darat tak disembelih adalah mudarat kepada manusia. Jadi, perlu ada label seperti, “Makanan ini mungkin mengandungi haiwan darat yang tak disembelih mengikut garis panduan JAKIM”.
4. Jika ada rakyat Malaysia yang memilih makanan mudarat setelah kerajaan meletakkan label yang jelas, maka itu bukan kesalahan kerajaan lagi.
4. Sebab kedua adalah ia menyelesaikan isu halal self-claim. Realitinya, banyak peniaga dakwa produk mereka Halal, tapi tak ada pengesahan pihak berautoriti. Peniaga bebas gantung ayat Quran, letak label ‘no pork no lard’, papar mesej ‘Muslim Friendly’, tapi tak ada sijil halal. Sepatutnya, semua label ini disiasat sebelum dibenar papar.
5. Sebab ketiga adalah ketidak-sempurnaan food labelling. Sebenarnya, sukar untuk tentukan kehalalan produk jika hanya bergantung pada senarai bahan mentah, kerana ia bersifat umum. Saya bagi contoh. Glycerine dan gelatin adalah antara bahan ramuan yang ada versi halalnya dan ada versi haramnya. Ada glycerine versi olive oil, dan versi lemak babi. Manakala gelatin pula, ada versi lembu disembelih, dan ada versi lembu tak disembelih. Kekeliruan timbul apabila glycerine dan gelatin dipapar tanpa menyatakan sumbernya.
5. Inilah soal dasar bagi perbincangan halal mutakhir ini. Atas 3 sebab ini, saya menyokong polisi WPSH ini.
6. Soal pelaksanaan polisi ini hanyalah teknikal, manakala persepsi pensijilan halal itu “lambat, susah dan mahal” adalah lapuk dan ketinggalan zaman. JAKIM sudah baiki sistem permohonan sijil halal.
7. Datang pula “memalukan negara”. Tahukah anda, Indonesia sudah meluluskan undang-undang yang mewajibkan pensijilan halal ke atas produk keluaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) pada 2014, dan akan dikuatkuasakan mulai Oktober 2024 ini?
8. Undang-undang Nomor 33 tahun 2014 Fasal 4 menyatakan, “Produk yang masuk, beredar, dan diperdagangkan di wilayah Indonesia wajib bersertifikat halal”. Sehubungan dengan itu, peniaga yang memperdagang produk tanpa sijil halal akan didenda sehingga 2 milyar rupiah (bersamaan RM560,000)” (rujukan: PP Nomor 39 Tahun 2021 Tentang Penyelenggaraan Bidang Jaminan Produk Halal pasal 149).
9. Maka, apa nak dimalukan? Pasaran dunia sedang bergerak ke arah itu.
10. Yang memalukan adalah apabila Malaysia ditertawa kerana pemimpinnya tak bijak memanfaatkan peluang ekonomi halal.
Bilai Jailani
Ahli Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)