Meneliti Khutbah Jumaat Negeri Terengganu, pada 25 September lalu boleh saya katakan syabas dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan tajuk “Mengembalikan Kekuatan Ummah”.
Ini adalah seruan yang tepat pada ketika kelemahan ummah berada pada titik paling lemah. Hal ini wajar kita sambut dengan lebih daripada sekadar anggukan kepala. Khutbah ini jujur menamakan luka ummah akibat perang, penjajahan, kemiskinan, perpecahan, keruntuhan keluarga dan krisis ilmu. Namun yang lebih penting, tidak patut berhenti pada ratapan tetapi mengajak kita membinanya semula.
Tiga pesanan dalam khutbah ini memberi gambaran jelas tentang ummah yang perlu kita bina semula.
๐. ๐๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ a๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐ข๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ค๐ข๐๐๐ก, ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐๐๐ง ๐ ๐๐จ๐ ๐ซ๐๐๐ข ๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ฃ๐๐ก
Hati kita pedih melihat Gaza dan saudara seakidah lain yang ditindas di serata dunia, walaupun kita tidak pernah bertemu mereka. Itulah bukti bahawa ummah dibina atas akidah, melangkaui bangsa dan sempadan negara.
Namun ukhuwah yang sampai ke Palestin mesti juga sampai ke lorong kejiranan rumah kita. Kita menyumbang untuk Gaza, alhamdulillah. Soalnya, adakah kita tahu ada jiran yang sedang sakit? Adakah kita tahu anak jiran sedang hanyut dalam gejala sosial? Ukhuwah akidah bermakna kita menginginkan kebaikan untuk saudara kita seperti yang kita inginkan untuk keluarga sendiri. Tidak cukup anak kita sahaja celik al-Quran, anak jiran pun patut kita bantu sama.
๐. ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ง๐๐ก ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐๐ฌ ๐ค๐๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐๐ง, ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ค๐๐๐๐ซ ๐ก๐ข๐๐ฌ๐๐ง dan ๐ฐ๐๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ง
Khutbah ini mengingatkan kita bahawa, ancaman hari ini bukan hanya persenjataan. Ancamannya ialah penjajahan pemikiran melalui media sosial, hiburan, sistem pendidikan dan budaya global. Penjajah zaman ini tidak perlu sampai ke hadapan rumah kita, ia sudah ada dalam poket anak-anak kita.
Penawarnya bukan menolak segala yang datang dari luar. Islam menerima hikmah dan manfaat yang tidak bercanggah dengan syariat. Tetapi setiap idea, sama ada sekularisme, materialisme, liberalisme atau apa sahaja labelnya, mesti ditimbang dengan neraca al-Quran dan Sunnah. Ukurannya bukan trend, bukan jumlah “like” dan bukan apa yang dianggap moden. Islam bukan agama individu yang tinggal di atas sejadah. Ia adalah kompas yang memandu cara kita mendidik anak, berniaga, menggunakan media dan membuat keputusan bersama.
๐. ๐๐๐ซ๐ก๐๐ง๐ญ๐ข ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐๐ข๐ง๐ ๐ฃ๐๐ซ๐ข, ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐ข๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ง๐ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง
Inilah bahagian khutbah yang paling berani dan paling perlu kita dengar: kita mesti adil menilai diri sendiri. Kelemahan ummah bukan semata-mata angkara musuh. Ia juga berpunca dari dalam, iaitu apabila kita meninggalkan ilmu, berpecah belah, mengabaikan amanah, membiarkan rasuah dan kezaliman, serta bermalas-malasan.
๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ก ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฆ๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ , ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ค๐ข๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ค๐ ๐ฉ๐ข๐ง๐ญ๐ฎ ๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง.
Maka kepentingan bersama kita jelas; memelihara jati diri ummah dan membina kekuatan di setiap sudut.
Memakmurkan masjid sebagai pusat ilmu dan penyelesaian masalah komuniti, bukan sekadar tempat solat.
Sokong perniagaan Muslim tempatan supaya ekonomi berputar dalam komuniti sendiri.
Hidupkan semula tabung kebajikan kariah.
Walaupun berbeza parti, kita tetap duduk semeja menjaga kepentingan bersama.
Didik keluarga dengan agama sehingga lahir generasi al-Quran dan Sunnah.
๐๐ฆ๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐๐ฉ ๐ฌ๐ฎ๐๐ฎ๐ญ ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก dan ๐๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐๐ฉ ๐ฉ๐๐ฅ๐จ๐ฌ๐จ๐ค ๐ฅ๐จ๐ซ๐จ๐ง๐ ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐ค๐ข๐ญ๐
Kekuatan ummah tidak akan kembali melalui kemarahan di media sosial atau keluhan selepas khutbah. Ia kembali apabila setiap rumah menjadi madrasah, setiap masjid menjadi nadi komuniti dan setiap jiran menjadi saudara.
Khutbah sudah disampaikan. Kini giliran kita pula menyambungnya di rumah, di lorong dan di tempat kerja. Ummah tidak dibina di atas mimbar sahaja. Ia dibina oleh mukmin yang pulang ke rumah dan mula bekerja.
Mohd Nasrul Muhaimin bin Mohd Taib
Naib Presiden ISMA


