Petugas Barisan Hadapan: Kaulah Wira Kami

Berbaju tebal dibalik bahang kepanasan,
Terus setia menghayun langkah melakukan yang terbaik,
Walau hakikatnya, dirimu tidak dijanjikan penghargaan,
Keluarga, sahabat kau tinggal demi tanah air,
Ketakutanmu ditolak tepi demi tanggungjawab yang memanggil,

Disaat insan lain lena diulit mimpi,
Disaat insan lain berbelanja sepenuh hati ibarat tiada esok,
Disaat insan lain tidak mendengar nasihatmu,
Disaat insan lain terus memperlekeh tugas mu,
Disaat insan lain mengeluh dengan arahan pihak atasan,
Disaat insan lain bersenang lenang bersama yang tersayang,
Kau masih setia dibarisan hadapan,

Tidak aku lupa,
Suatu ketika dahulu,
Tugas mu dipandang enteng,
Penat jerihmu tidak diendang,
Kata-katamu, ah, internet lagi dipercayai,
Diherdik, dikecam, disaman, dicaci maki,
Atas kesilapan kecil yang kau lakukan,
Mungkin kerana kepenatan, yang tiada siapa faham,
Tapi, kau tetap teruskan perjuangan mu,
Demi kesejahteraan kesihatan umat sejagat,
Yang mungkin dulu, tidak pernah menghargaimu,
Yang mungkin dulu, hanya memandang pada silapmu,

Petugas barisan hadapan,
Terima kasih,
Kerana, kaulah wira kami.

Oleh:
Sharmila Suaidi,
Ahli,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),
CFS, IIUM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat