Tindakan Natalie menyumbangkan rm8000 seolah-olah mahukan sumber pendapatannya sebagai sugar baby diiktiraf masyarakat. Dia mahu menunjukkan agar wang yang diterima boleh menyumbang untuk negara. Seterusnya mahu masyarakat menghalalkan pekerjaannya itu.
Perlu dijelaskan sekali lagi bahawa mencari sumber pendapatan sebagai sugar baby merendahkan maruah wanita. Menjual diri untuk melayani lelaki tanpa ikatan perkahwinan adalah perbuatan yang jelik di sisi agama apa pun. Wanita yang punya kehormatan adalah wanita yang peroleh pendapatan secara bermaruah malah dalam Islam ia perlulah dgn cara yang halal.
Walaupun tindakannya yang berbangga dengan caranya memperoleh pendapatan, tetapi kita tak boleh anggap bahawa suaranya membawa kepada suara majoriti wanita yang berperanan sebagai sugarbaby. Ini kerana, terdapat sugarbaby yang mempunyai tekanan emosi disebabkan pekerjaan tersebut.
Islam tidak membenarkan wanita jual harga diri demi duit sekalipun duit tu digunakan akhirnya utk sedekah. Kerana di dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Maksudnya, walau matlamat baik akan tetapi cara untuk mencapai matlamat rersebut mestilah betul dan bukanlah boleh dilakukan dengan apa cara pun walapun tidak halal.
Adakah jika seseorang yang mendapat duit rasuah menggunakan sebahagian duit itu utk sedekah, kita akan berbangga dengannya? Adakah jika ada pencuri mengeluarkan sedikit wang curinya itu untuk sumbang kepada yang memerlukan, maka kita akan berbangga dengannya? Adakah jika pengedar dadah menggunakan duit hasil jual dadah itu utk kebaikan, maka kita akan berbangga dengannya?
Maka sugar baby bukanlah satu sumber pendapatan yang baik untuk rakyat Malaysia dan ia sebenarnya boleh dianggap sebagai pelacuran zaman moden. Budaya begini harus dijauhkan dan dibuang kerana ia boleh membawa kepada ketidakharmonian keluarga dan masyarakat. Pihak berkuasa sepatutnya membenteras budaya ini sepertimana mana membenteras amalan pelacuran yang lain.
Adakah jika seseorang yang mendapat duit rasuah menggunakan sebahagian duit itu utk sedekah, kita akan berbangga dengannya? Adakah jika ada pencuri mengeluarkan sedikit wang curinya itu untuk sumbang kepada yang memerlukan, maka kita akan berbangga dengannya? Adakah jika pengedar dadah menggunakan duit hasil jual dadah itu utk kebaikan, maka kita akan berbangga dengannya?

Ustazah Dr. Suriani Bt Sudi
Ketua Wanita Isma


