PASIR PUTEH, 25 Sept – “Anwar Ibrahim Perlu sahkan jumlah (ahli parlimen ) yang betul”, kata Ketua Perhubungan Isma Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir .
Ustaz Sharipudin mengulas dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baru.
Ujarnya Anwar masih perlu mengikuti undang-undang untuk menjadi perdana menteri dan Tan Sri Muhyidin Yassin masih Perdana menteri yang sah dan berhak untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubar parlimen.
“Jalan terbaik untuk Muhyiddin ialah membubarkan parlimen supaya rakyat dapat menilai semula ahli ahli parlimen yang ada samada mereka layak atau tidak layak untuk menjadi pemimpin rakyat setelah dua kerajaan jatuh dalam masa yang singkat.
“Kalau kerajaan diteruskan sebagaimana sekarang. Ahli parlimen masih ahli parlimen yang sama cuma berlaku lompat melompat untuk mencari kedudukan. Ahli Parlimen bukan lagi menjalankan amanah sebagaimana asal tetapi lebih mencari kedudukan dalam mana mana parti asal dapat kedudukan,” katanya lagi yang juga Yang Dipertua Isma Pasir Puteh.