Isma Seremban Terus Bantau Mangsa Banjir Kilat

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN, 13 Nov – Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia Isma Cawangan Seremban dan Wakil Ahli Jawantankuasa Wanita Masjid Pantai telah menziarahi penduduk di Kg Batu 3 dan Kg Sri Mantau yang terkesan dengan kejadian banjir kilat pagi tadi.

Mereka turut menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan kepada keluarga-keluarga mangsa.

Sebahagian daripada barang-barang yang disumbangkan merupakan hasil kutipan dari Kelas Pengajian Wanita Kg Pantai dan Kg Tengah, Lenggeng yang dikendalikan oleh Ustazah Wan Zaimah W Ibrahim, salah seorang aktivis Isma Seremban.

Moga keprihatinan semua pihak dan pertemuan demi pertemuan yang diatur sedikit sebanyak memberikan suntikan motivasi buat mereka yang diuji Allah dengan ujian ini. Moga para penyumbang dan semua pihak yang menjayakan usaha bantuan ini diberkati oleh Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat