BACHANG, 19 November – iGuru cawangan Melaka menziarahi keluarga pelajar SMK Munshi Abdullah yang hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku kelmarin.
.
![](https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/125372057_3638299229526078_3710691580855506804_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=2&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=DkyQD8yAVXQAX9sSYwp&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=e953d344cd0c83bc00c07599c1036b5f&oe=5FDBFC19)
Muhammad Aiman bin Mohd Isa, mesra dengan panggilan Aiman kini bersama-sama keluarganya berada dalam keadaan selamat dan tumpang berteduh di rumah suadara.
.
Puan Anisah ibu kepada Aiman merasa terharu dengan keprihatinan iGuru yang segera hadir menghulurkan bantuan. “Saya bersyukur Ustazah, Allah tarik satu nikmat, tapi Allah beri saya puluhan hikmah. Setiap hari ada sahaja orang yang saya tak kenal datang menghulurkan bantuan”, kata nya.
![](https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/126368997_3638299532859381_2932832211645103760_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=2&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=-CZ2guzEHfoAX964uM3&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=97877627f0017490642f03cbb45621fc&oe=5FDBACD8)
Menurut YDP iGuru, Ust. Mohd Iskandar Limat, iGuri segera menziarahi keluarga sejurus menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada AJK iGuru iaitu Ustazah Azimah yang juga merupakan guru di sekolah tersebut.
“Pihak iGuru sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan pelajar-pelajar sekolah yang ditimpa musibah. Kami akan bantu sedaya yang mampu meringankan beban mereka yang memerlukan”, kata Ust. Mohd Iskandar ketika dihubungi semalam.
Sumbangan disampaikan oleh Ust. Mohd Iskandar mewakili iGuru bersama-sama dengan Ustazah Azimah, Ustazah Hawa dan Cikgu Muhmmad Alif yang merupakan AJK iGuru Melaka.
Kepada masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan, boleh salurkan sumbangan seperti di nombor akaun tertera:
Maybank: 5541 2910 1743
CIMB: 800 785 2967
Sila tulis “Bantuan iGuru” di ruang rujukan dan whatsapp resit sumbangan ke talian 0132001897 (Ust. Iskandar)