Kurangkan Acara Hiburan, Banyakkan Porgram Munajat

Salah seorang artis yang terlibat dalam persembahan Muzik-muzik disahkan positif COVID-19!
Acara tersebut ‘terpaksa’ ditunda asbab kes yang berlaku.

Lebih bagus tutup terus saja apa-apa bentuk program maksiat yang ada.

Ramai kalangan rakyat Malaysia begitu marah bilamana SOP MKN tidak konsisten.
Malah MKN kelihatan menutup mata atas beberapa segmen kononnya terjaga dan mematuhi SOP ketat.

Sedangkan banyak gambar tersebar menunjukkan segmen hiburan tersebut langsung tak ketat pun jaga SOPnya.
Bila diberi ruang, maka pasti banyak yang akan langgar aje.
Itulah yang berlaku.

Persoalannya:
1. Kenapa di kala bencana menimpa ni, program hiburan maksiat yang mengundang bala dibenarkan?
Bukankah sepatutnya banyakkan aktiviti agama, mohon munajat beramai-ramai agar musibah segera diangkat oleh pemilik alam Yang Maha Berkuasa?
2. Kenapa pula masjid surau di Selangor masih tak dibuka kepada umum?
Walhal jemaah masjid dan surau antara yang paling disiplin jaga SOP.

Dan di kala inilah, program munajat beramai-ramai ini yang perlu diperbanyakkan agar Allah merahmati dan meredhai kita semua.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita, memberi kekuatan dan melindungi kita semua dari bala bencana seterusnya.

𝗦𝗼𝘂𝗳𝗶 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗹
JK Gerakan Massa
Pemuda ISMA
(Ikatan Muslimin Malaysia)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat