Bagai Sireh Pulang Ke Gagang

JOHOR BAHRU, 9 Dis – Sebuah majlis ringkas bagi meraikan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor, Saudara Muhaimin Mahmood yang akan pulang ke negeri asalnya, Kuala Terengganu telah diadakan di sini semalam.

Majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang 12 tahun berada di bumi Johor dan telah membantu menggerakkan banyak aktiviti dan program anjuran ISMA Johor dan agensi lain.

Beliau merupakan individu penting yang banyak membantu menggerakkan biro belia melalui Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Johor khususnya dan menggerakkan amal ISMA di Johor amnya.

Semoga kepulangan beliau dan pasangan ke negeri asal akan meninggalkan legasi yang baik untuk diteruskan di negeri Johor dan membawa teladan yang positif untuk membantu ISMA Kuala Terengganu.

Selamat maju jaya diucapkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat