Pembina Uniti dan Yayasan Maghfirah Sumbang Pek Makanan Kepada Mahasiswa

Projek Prihatin Siswa yang dilaksanakan baru-baru ini merupakan satu usahasama antara Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) dan Kelab Belia Peneraju Ummah (KBPU) Kolej Uniti dengan tajaan Yayasan Maghfirah bertujuan untuk menghulurkan sedikit bantuan makanan kepada mahasiswa Kolej Uniti yang tidak pulang ke kampung halaman sejak kerajaan mengishtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Nov 2020.

Presiden KBPU, saudara Syazwan Dr Ristu berkata, pemberian pek makanan harian kepada 30 orang pelajar Kolej Uniti ini adalah sumbangan dari Yayasan Maghfirah dan individu yang prihatin.

“Kita memahami ada segelintir pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing sepanjang PKPB ini. Atas rasa tanggungjawab,  kami ingin membantu pelajar-pelajar ini dengan memberi sedikit sumbangan dalam bentuk bekalan makanan seharian kepada mereka,” tambah Syazwan lagi.

Semua penerima sumbangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Maghfirah,
PEMBINA Port Dickson dan KBPU di atas sumbangan yang dihulurkan kepada mereka. Dengan sumbangan ini,  sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka yang menetap di kolej  sepanjang pandemik covid19 ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat