Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sasar 10 Ribu Orang Penerima Bantuan Sempena Ramadan

SIARAN BERITA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sasar 10 Ribu Orang Penerima Bantuan

BANGI, 21 APRIL 2021 – Ikatan Muslimin Malaysia dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan Yayasan Maghfirah telah melancarkan kempen Bakul Kasih Ramadan dan Kotak Kasih bagi membantu golongan asnaf di seluruh Malaysia sepanjang bulan Ramadan ini.

Kempen ini mensasarkan 10,000 orang penerima dan setakat minggu lepas sudah 3000 orang penerima menerima bantuan.

Menurut Naib Presiden (Dakwah), Mohd Noor Azib Asmangi, kempen ini dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf dan B40 yang dalam kesusahan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

“Sesetengah penerima sumbangan memang telah menerima bantuan Zakat dan Baitul, tetapi bantuan yang ISMA berikan ini adalah dalam bentuk barang asas seperti beras, telur, minyak, tepung, kurma dan sebagainya.

“Ada juga dalam kalangan penerima bantuan adalah anak muda yang merupakan ketua keluarga yang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah,” katanya.

Kempen yang melibatkan lebih 1000 orang sukarelawan di seluruh 43 cawangan ISMA ini telah mengedarkan bantuan kepada golongan sasar samada di kampung mahupun di bandar-bandar besar.

Ujar Mohd Noor Azib Asmangi lagi usaha ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab dakwah ISMA dalam bentuk kebajikan kepada masyarakat. Selari dengan imej sebagai sebuah NGO prihatin dan dekat dengan masyarakat, ISMA berharap agar, bantuan yang diberikan ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada mereka sepanjang bulan Ramadan ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh menyumbang ke Tabung Infaq Ramadan (Maybank – 562218201823).

Scroll to Top