Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengecam tindakan rejim haram Zionis Israel yang melakukan kekejaman kepada umat Islam yang sedang menunaikan solat di Masjid al Aqsa. Dan di dalam waktu yang sama, kami turut mengecam perbuatan rejim haram zionis Israel yang membenarkan pemukim haram Yahudi mengambil rumah rumah rakyat Palestin di Sheikh Jarrah, BaitulMaqdis Timur, Palestin. Ia adalah perbuatan pembersihan etnik secara terancang, yang disusun zionis Israel dan disokong oleh negara pengganas Amerika Syarikat laknatullah.
Kami mendesak agar kerajaan Malaysia menggunakan segala saluran yang ada bagi mendesak dunia agar bertindak terhadap kekejaman ini. Kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya kepada para pemuda. Kita hendaklah :
1. Berusaha memahami kepentingan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa kepada dunia Islam.
2. Berusaha mendalami ilmu agama dan menjadi seorang muslim yang syumul.
3. Membangunkan kapasiti diri untuk menjadi manusia holistik yang bermanfaat untuk ummah.
4. Membangun ekonomi ummah dengan mengutamakan produk dan perkhidmatan umat Islam.
5. Menguasai teknologi teknologi terkini dan membina teknologi baru yang bersifat ‘intervensi’ terhadap penguasaan teknologi musuh Islam.
6. Menyumbang tenaga dan kewangan kepada pertubuhan pertubuhan tempatan dan antarabangsa yang menyumbang kepada pembebasan Palestin.
7. Bergabung dengan gerakan Islam tempatan dan antarabangsa bagi membebaskan Al Aqsa.
8. Memperbanyak doa kepada Allah swt agar memberi kekuatan kepada umat Islam keseluruhan agar Islam kembali kuat dan seterusnya memberi rahmat kepada sekelian Alam.
Di penghujung Ramadan ini, kami menyeru kepada seluruh pemuda harapan ummah, untuk meningkatkan amal ibadah dan di dalam masa yang sama bersolidariti bersama saudara kita di Palestin. Semoga Allah swt mengangkat musibah ini dari umat Islam dengan kadar segera.
Arifin Manan
Naib Presiden ISMA (Pemuda dan Perkaderan)