TEBRAU, 10 Julai – Relawan Muda Isma dengan kerjasama NZ Food telah mengagihkan sumbangan Pek Prihatin petang tadi di Rumah Pangsa Sri Lanang, Taman Desa Tebrau.
Selain itu, turut diadakan pendaftaran vaksin bagi merancakkan lagi Kempen Jom Vaksin anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Penerima sumbangan dan penduduk berpeluang untuk mendaftarkan diri dan ahli keluarga mereka bagi mendapatkan vaksin sekali gus membantu warga Johor mencapai imuniti berkelompok sebagaimana yang diusahakan oleh pihak kerajaan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah saudara Muzhaffar bin Mohd Zaki, YDP Isma Johor Bahru, Saudara Fhirdaus, Ketua Pemuda Isma Johor Bahru, Encik Yazid Mukarateh, Ketua Kampung Oren dan Puan Siti Mariamah Malik, HR Executive NZ Food.
Program tersebut diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membantu penduduk yang memerlukan.