MCCBCHST melampau dalam mempertikaikan hak umat Islam

1. Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) tidak sepatutnya mencampuri urusan umat Islam dan melampau dalam mempertikaikan hak umat Islam untuk menambah baik sistem Perundangan Islam.

2. Cadangan Pindaan RUU 355 adalah usaha umat Islam untuk menambah baik dan memperkasakan Perundangan Syariah di negara ini.

3. ISMA menyeru kepada semua pihak terutama yang bukan beragama Islam, jangan bimbang tentang hal ini kerana usaha ini adalah hak umat Islam yang termaktub sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia dan tiada kaitan dengan mereka yang bukan beragama Islam.

4. Kenyataan MCCBCHST adalah bersifat melampau dan tidak matang yang boleh mengeruhkan hubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini.

5. ISMA berpendapat sebagai sebuah badan yang mewakili agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme, MCCBCHST perlu mengambil peranan sebagai ejen penyebar info yang benar kepada penganut masing-masing dan bukannya memberikan respon yang mengelirukan semua pihak.

6. Seruan kepada seluruh umat Islam, marilah bersama-sama menyokong usaha memperkasa Perundangan Syariah yang bertujuan untuk menegakkan sebahagian daripada tuntutan agama Islam dan untuk mengatur kehidupan manusia agar mencapai kesempurnaan dan kebaikan di dunia dan akhirat.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA
6 April 2024

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat