ISMA baru-baru ini menerima kunjungan NGO Yedihilal dari Turki, yang diwakili oleh delegasi pimpinan tertinggi termasuk Encik Samet Paçacı, Presiden Yedihilal; Encik Ubeydullah Yalçın, Naib Presiden (Hal Ehwal Perhubungan Awam); Encik Seyit Ahmet Sarı, Naib Presiden (Hal Ehwal Universiti); serta Encik Ahmet Niyazi Ülkü, Ahli Lembaga Pengarah (Hubungan Antarabangsa).
Pertemuan ini menumpukan kepada perkongsian pengalaman dalam dakwah akar umbi dan usaha membangun masa depan Islam yang lebih gemilang, khususnya dalam membentuk masyarakat dan belia berteraskan nilai-nilai Islam. Dengan lebih 100 cawangan Yedihilal di seluruh Turki, organisasi ini aktif melaksanakan pelbagai projek pemerkasaan komuniti.
Perbincangan ini turut membuka jalan untuk memperkukuhkan hubungan erat di peringkat antarabangsa, menyuburkan perkongsian pengalaman, dan menghasilkan manfaat besar untuk pembangunan ummah. Semoga hubungan erat antara ISMA dan Yedihilal ini menjadi pemangkin dalam memperkasa dakwah dan kemajuan komuniti Islam di Malaysia.
Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA
28 Oktober 2024