Setiap kali hadirnya 1 Muharam, umat Islam memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Namun hijrah bukan sekadar kisah perpindahan tempat. Tetapi suatu transformasi, daripada masyarakat yang berpecah kerana kabilah dan kepentingan sempit kepada sebuah Ummah yang disatukan oleh akidah, kasih sayang dan tanggungjawab bersama.
Sesungguhnya antara kejayaan terbesar hijrah Rasulullah SAW ialah pembinaan masyarakat Madinah yang teguh ikatan persaudaraannya. Kaum Muhajirin dan Ansar yang datang daripada latar belakang berbeza telah disatukan sehingga mereka mampu membina sebuah tamadun yang menjadi contoh kepada dunia. Inilah gambaran awal kepada Ummah Fadilah iaitu masyarakat yang bukan sekadar mempunyai individu yang baik, tetapi masyarakat yang saling menguatkan, mengambil berat dan bersama-sama menegakkan kebaikan.
Allah SWT telah memberikan panduan yang jelas dalam membina kesatuan ini melalui firman-Nya yang bermaksud :
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan hati kamu sehingga dengan nikmat-Nya kamu menjadi bersaudara…”
(Surah Ali ‘Imran 3 : 103)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa perpaduan bukan sesuatu yang berlaku secara semula jadi, tetapi nikmat Allah SWT yang perlu dicari, dipelihara dan diperjuangkan. Apabila hati-hati manusia disatukan kerana Allah SWT, maka lahirlah kekuatan yang mampu mengubah masyarakat.
Namun, apabila melihat keadaan umat Islam hari ini, kita perlu berani bermuhasabah. Slogan perpaduan sering dilaungkan, tetapi pada masa yang sama, ikatan sesama Muslim semakin rapuh. Perbezaan pandangan dan pendekatan sering bertukar menjadi persengketaan. Kepentingan kelompok, kepuakan dan semangat partisan kadangkala dibawa sehingga memasuki ruang-ruang yang sepatutnya menjadi medan penyatuan Ummah.
Surau dan masjid yang sepatutnya menjadi pusat tarbiah, dakwah dan pembinaan masyarakat kadangkala dicemari dengan perebutan pengaruh, perbezaan pendapat yang tidak diurus dengan hikmah dan perselisihan yang berpanjangan. Sedangkan masjid pada zaman Rasulullah SAW adalah tempat umat dibina, masalah masyarakat diselesaikan dan jiwa manusia dipautkan kep
Fuzai Syahir bin Mohamad Fuad
Ketua Pemuda ISMA Cawangan Alor Setar


