KUALA TERENGGANU, 23 Julai – Satu Siri perkongsian mengenai Ibadah yang sahih telah diadakan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu dengan kehadiran Timbalan Pengarah JBPM Terengganu serta 30 orang staf jabatan baru-baru ini.



Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Muhaimin Bin Selawi @ Abd Malik dengan penekanan pada membetulkan salah faham yang sering berlaku dalam ibadah solat.
Antara persoalan yang dibincangkan adalah mengenai status makmum muwafiq dan masbuk, syarat sah takbir, anggota sujud, makmum yang terlupa mengerjakan sebahagian rukun solat, serta yang terakhir iaitu memperbaiki bacaan al-Fatihah.
Rata rata peserta bersetuju bahawa kefahaman asas ibadah ini penting bagi memastikan ibadah yang dilaksanakan menepati kaedah serta menjadi sah.
Sesi perkongsian ini diakhiri dengan semakan bacaan Al-Fatihah secara individu dan sesi penghargaan.
Semoga dapat diteruskan di masa akan datang untuk memberi manfaat kepada komuniti dalam meningkatkan kefahaman mereka khususnya pada aspek ibadah fardhu.


