KAHERAH, 30 September – Presiden ISMA, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia Egypt (EME) dan disambut oleh Dato’ Haji Shamsul Najmi Shamsuddin, Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
Kunjungan tersebut turut disertai Ustaz Usaid Zaidi, Pengerusi ISMA Mesir, sebagai ruang mempererat kerjasama serta membincangkan usaha membangunkan potensi mahasiswa Malaysia di Mesir, khususnya dalam aspek penguasaan ilmu, kemahiran dan kepimpinan.
Pertemuan itu turut membincangkan usaha mengangkat gagasan ISMA Mesir, “Mahasiswa Unggul, Memimpin Ummah”, agar dapat diterjemahkan melalui usaha pembangunan mahasiswa yang lebih tersusun dan berkesan.
Semoga kerjasama ini terus diperkukuh dan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara serta menyumbang kepada usaha membangunkan ummah.


