Aktiviti Permainan Tradisional Mewarnai Sambutan Hari Kemerdekaan.

Johor Bahru, 31 OGOS – Program Komuniti Aktif Jiwa Merdeka 2024 anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Johor Bahru, Yayasan Ikhlas dan Imedik dengan kerjasama JKPD, Majlis Bandar Raya Dato Onn dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung JKKK Kangkar Tebrau telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran penduduk sekitar Bandar Dato Onn.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke – 67, program yang diadakan di pusat beli belah Aeon Bandar Dato Onn ini, menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya, permainan tradisional dam aji, congkak, batu seremban, gusti lengan dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta pameran reruai dari Yayasan Ihklas, I medik dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dun (JKPD) Puteri Wangsa, Rohsawal Nizam Hj Abd Ghafar, Ahli Majlis Dato Onn Siti Khairunnisa Binti Ruslan dan Rosli bin Ali, Ketua Kampung Kangkar Tebrau.

 

Menurut Yang dipertua ISMA Johor Bahru, Muzhaffar bin Mohd Zaki Selamat sambutan kemerdekaan bersama masyarakat dijalankan supaya memupuk semangat mempertahankan identiti negara setelah Tanah Melayu dijajah oleh bangsa lain puluhan tahun lamanya.

“Semoga sambutan bulan kemerdekaan kali ini dapat memberikan kesedaran dan membebaskan kita dari cengkaman pengaruh asing.
“Marilah bersama-sama mempertingkatkan jatidiri dan semangat cintakan negara agar kedaulatan agama dan bangsa terpelihara,” katanya.

Harapnya lagi, semoga program yang bermanfaat ini dapat dijalankan dengan lebih kerap dan mendapat kerjasama yang lebih banyak daripada badan-badan kerajaan dan NGO serta penduduk sekitar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat