Boikot, Bukti Masyarakat Punya Kuasa Penentu.

Jarang taikun bersuara jika jenamanya terjejas dan kebiasaannya hanya pekerja bawahan sahaja yang berdepan dengan masyarakat awam dan media.

Tetapi apabila taikun bersuara maksudnya perniagaannya benar-benar terjejas dan boikot berkesan. Tapi secara keseluruhan mungkin bagi impak sedikit berbanding perniagaan yang lain.

Boikot kita bukan untuk lumpuhkan (perniagaan) tetapi bagi mesej yang jelas. Tan Sri Vincent Tan, selaku pemilik jenama kopi francais terkemuka dunia, boleh sahaja menukar perniagaan kepada penjenamaan baharu atau model perniagaan yang lain tetapi beliau masih merayu kepada orang awam untuk menyokong perniagaannya. Ini bermaksud beliau belum mendapat mesej atau beliau faham mesej tersebut tetapi dia menafikan.

Masyarakat hebat “Ummah Fadhilah” mempunyai kuasa untuk tentukan apa yang baik buat diri mereka. Sudah sekian lama gaya hidup kita ditentukan oleh taikun-taikun yang mengaut keuntungan berbilion ringgit, sudah tiba masanya masyarakat menyedari kekuatan yang mereka ada dan menggunakan kekuatan tersebut mengikut kehendak sendiri.

Dengan kuasa beli yang kita ada, ekonomi biar kita yang tentukan dan tidak bergantung kepada jenama luar negara. Pencinta kopi pasti akan sentiasa minum kopi dan kopi jenama tempatan yang lebih sepatutnya menjadi pilihan kita disamping mampu merancakkan ekonomi sendiri. Kopi tempatan digerakkan oleh pengusaha dalam kalangan masyarakat awam dan bukannya taikun yang membayar royalti kepada jenama luar. Inilah kemandirian ekonomi ummah fadhilah.

Kita terus perkasakan ekonomi ummah dan biar taikun tunduk pada kemahuan kita. Masyarakat hebat “Ummah Fadhilah” mempunyai kuasa untuk tentukan apa yang baik buat diri mereka. Sudah sekian lama gaya hidup kita ditentukan oleh taikun-taikun yang mengaut keuntungan berbilion ringgit, sudah tiba masanya masyarakat menyedari kekuatan yang mereka ada dan menggunakan kekuatan tersebut mengikut kehendak sendiri.

Ustaz Ibrahim M. Hasan
YDP ISMA Sepang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat