Doktor, Ajari mereka kalimah syahadah

Terdetik di hati ingin berkongsi dengan para sahabat berkenaan satu peristiwa yang begitu membekas dalam jiwa saya. Dua hari lepas saya melihat perginya seorang insan menghadap Ilahi didepan saya dengan keadaan yang sangat bermakna.
…………………………………………………………………………………….
” Doktor, patient ni dari Observation ward nampak tachypnoic dan restless…” ujar MA dengan nada cemas sambil menolak stretcher pesakit….. uptriage ke Zon Kuning.

“Ini ECG dan kad rawatan dia,” hulur MA kepadaku dengan tenang.
saya bersama dengan Dr F dan DR E segera membaca sejarah dan catatan dalam kad rawatan pesakit.

“Ini Kes pagi tadi,” getus hati berbisik.
Saya melihat pakcik tersebut, agak gelisah dan terlalu penat
Kadar pernafasan 40, denyut nadi 124. tekanan darah 84/63.
Dengan segera saya mengambil picagari dan jarum di troli rawatan.

“Aiman, full blood set tau” MO di sebelah menguatkan suara ke arah saya dengan nada cemas sambil cuba memasang topeng muka oksigen 15 liter ke muka pakcik.

ABG stat: Ph 7.01 | HCO3 9| PCO2 45| lactate 14| PO2 75
Hb stat 9 (Baseline from morning: 13)

Loceng Zon Merah dibunyikan. Tepat jam 12 malam.

“Up triage to red Zone! Prepare intubation trolley! Dr A memberikan arahan. Dr A merupakan senior registrar yang bertugas pada malam itu bersama kami di jabatan kecemasan.
“Prepare scolene 100, mida 2, fentanyl 100!”

“up iv adrenaline 1 in 100 000”
start noradrenaline.
request 1 pint safe O

semua ketika itu kalut, dari MO, HO, MA dan PPK
entah kenapa hati saya pada malam itu terlalu gundah gelana, rasa tidak tenang, seolah olah firasat dalam hati ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Cukup fluid resus dan ionotropes challenge. BP 157/100 SPO2 100
“ok ready to intubate,” deras suara Dr A.

“Pakcik, kami nak masuk tiub pernafasan ya dalam mulut pakcik penat sangat ni,” ujar saya perlahan kepada pakcik.
Pakcik tersebut hanya menggangguk perlahan sambil bernafas menggunakan mulut.
Pakcik kita nak masuk ubat tidur ya, Pakcik mengucap dulu ya.. ikut saya,

“Ashadullah ilahalillahh wa asyahdu anna Muhammad Rasullullah..
Astagfirullah halazim.”dengan perlahan saya membisikkan kalimah tauhid dan taubat ke telinga kanan Pakcik.
Pakcik menyebut kalimah tauhid dan taubat jelas didengari oleh kami semua disitu. Sempat saya lihat air mata beliau mengalir melalui alis pipis mata beliau.

Dengan lafaz Bismillah segera fentanyl, mida dan scolene dimasukkan mengikut turutan protokol.
Intubation confirmed with placement and anchored securely.

Tepat jam 2 pagi patient sudden onset of PEA preceded with junctional bradycardia. CPR iniated. Regained ROSC twice dan kembali Asystole. Active resus dalam lebih kurang 1 jam.

Namun benar lah ajal maut di Tangan Tuhan tepat jam 3.11 pagi
Death is pronounced.

Malam itu malam yang agak sibuk di jabatan kecemasan dan trauma. Kes memang tidak berhenti di jabatan kecemesan sejak pukul 7 malam.

Selepas menguruskan urusan jenazah dan breaking news kepada ahli keluarga. Tepat jam 4.16am saya ke surau untuk menaikan solat fardu isya’.

“Allahuakbar” takbir diangkat.. tiba-tiba sebak sebak didada.

Entah kenapa hati berasa sedih memikirkan seorang nyawa yamg telah pergi menghadap ilahi sebentar tadi. Sepanjang bertugas sebagai petugas kesihatan di hospital melihat kematian sesorang menjadi sesuatu yang rutin dalam kehidupan saya, namun peristiwa pakcik ini benar-benar meruntun jiwa saya.

“Asyahduallah ilaha iIlahaillah….” Kalimah syahdah pada tahiyat akhir dilafazkan dengan perlahan. Penuh makna. Penuh penuh bermakna. Sungguh.
Air Mata panas mengalir dipipi.

Allahu.. terbayang wajah arwah di muka, masih ingat jelas setiap satu rentetan peristiwa satu jam lepas.

“Doktor, ayah saya macam mana ya? Dia ok kan..?” anak arwah memegang bahuku dengan penuh harapan.
“Maaf encik, kami sudah cuba sedaya upaya kami, namun Allah lebih menyanyangi beliau.

Takut ya amat takut. Saya terbayang bagaimanakah pengakhiran hidup saya nanti? Hari ini telah perginya seorang nyawa menghadap Rabbul Izzati dengan keadaan beliau sempat melafazkan kalimah Syahadah dalam penuh kemuliaan.
Beruntungnya beliau, walaupun kematiannya diakhiri dengan tangisan oleh ahli keluarga, namun saya menyaksikan bahawa dia mati dalam keadaan mengucapkan kalimah Tauhid. Sewaktu menguruskan jenazah sempat saya menoleh ke arah beliau.

Jenazah beliau menampakkan senyuman di bibir.
Persoalannya bagaimanakah dengan diri kita wahai Teman? Bagaimanakah dengan pengakhiran hidup kita? Adakah kita akan membenarkan janji Tuhan untuk disaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah sewaktu menghembuskan nafas akhir hidup kita?

Kepada rakan para petugas kesihatan dan perubatan Muslim khusus buat mereka yang berada di jabatan kecemasan, anaesthesia dan pembedahan, procedure intubation dan operation merupakan prosedur yang rutin kita lakukan.
Namun tiada sesesiapan pun yang mampu memberikan jaminan bahawa nyawa mereka dalam jaminan tangan kita. Boleh jadi itulah merupakan saat terakhir dalam hidup mereka.
maka pesanan buat diri saya dan kepada teman, sebelum memulakan prosedur kepada pesakit ajarkan kalimah syahadah dan Taubat.

“Pakcik makcik, kami nak masukkan tiub pernafasan dalam mulut ya. kita akan berikan ubat tidur sebelum melakukan prosedur.
Mari ikut saya mengucap ya”
Jadikanlah ia sebagai rutin dalam tugas seharian kita kepada pesakit yang nazak dan tenat di ward dan ICU dan juga kepada sesiapa sahaja yang dirawat.

Mungkin ia nampak simple dan mudah tetapi itulah satu bentuk dan urusan dakwah yang besar bagi seorang muslim. Boleh jadi hari ini kita membantu orang mengucap kalimah syahadah mungkin esok lusa Allah akan memudahkan urusan kematian kita. In sha Allah.

Tiadalah kalimah yang lebih baik apabila seseorang manusia menghadap Tuhannya dalam keadaaan kesaksian yang Mulia.
Doktor ajari mereka kalimah itu,

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Dr. Mohammad Aiman Hazim Zamri

Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia Seberang Perai Utara (ISMA SPU)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat