Hayati Perjuangan Tokoh Kemerdekaan

 

 

 

Oleh; Nur Aminah Shahirah binti Mohd KarnoB

BATUPAHAT 29 Ogos – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62, program “Saya Anak Malaysia” anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) cawangan Batu Pahat telah diadakan di Masjid Jamik Bukit Pasir.

Program yang telah dihadiri seramai lebih 40 orang peserta terdiri daripada anak-anak sekitar Bukit Pasir dan Tongkang Pechah.

Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah diadakan seperti solat dhuha secara berjemaah, perkongsian tentang erti kemerdekaan dan penghayatan kisah tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menyuntik semangat cintakan negara dalam kalangan para peserta di samping membawa mereka menyelusuri kisah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan Tanah Melayu seperti Tok Janggut, Dol Said, Dato Maharalela dan ramai lagi.

Anak-anak juga diberi peluang untuk berkongsi cerita tentang tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan kepada rakan-rakan mereka.

Aktiviti sebegini dapat membuatkan anak-anak menyelami keperitan orang-orang zaman dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu di samping menanam sifat berani untuk tampil ke hadapan.

Program berakhir pada jam 11.30 pagi dan setiap peserta pulang dengan membawa hasil kreativiti masing-masing yang berupa tanjak merdeka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat