ISMA Melaka Fokus Projek Komuniti Unggul, Bangunkan Komuniti PPR

MELAKA, 9 Mei – ISMA Melaka konsisten mengajak masyarakat kembali menghayati dan mengamalkan agama Islam dalam kehidupan, kata Yang di-Pertua ISMA Melaka, En. Farhan Abdullah ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pas Melaka baru-baru ini.

Ujarnya ISMA Melaka bersama komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah menjalinkan kerjasama untuk mencapai objektif tersebut melalui Projek Komuniti Unggul.

“Selari dengan matlamat membangunkan Ummah Fadhilah, kesatuan komuniti PPR boleh mencungkil dan memanfaatkan potensi yang ada dalam komuniti.

“Anak-anak di sekitar PPR mempunyai potensi tinggi, tapi kadang-kadang mereka tiada peluang disebabkan kekangan kewangan keluarga dan sebagainya. Dengan kerjasama dan kesepakatan komuniti setempat, kekangan-kekangan ini boleh diuruskan bersama,” katanya lagi.

Pada masa yang sama ISMA sentiasa konsisten dengan idea kesepakatan ummah sejak dari dahulu dan terbuka untuk berkerjasama dengan komuniti-komuniti setempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat