Jangan Politikkan perkataan ‘tambi’ dan ‘sepet’

Menuju ke saat akhir suku pertama tahun 2021, perhatian rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada pemulihan ekonomi dan pandemik melalui program vaksinisasi.

Ada pula sesetengah pihak menyempil dengan isu takrif perkataan “tambi” dan terbaru “sepet”.
Takrif perkataan “tambi” sebelum ini menggunakan istilah “orang keling” dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua. Namun, takrif perkataan tersebut telah ditukar kepada perkataan “orang India” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Boleh rujuk gambar di bawah.
Isunya, pada mulanya pihak DBP tidak mengemaskini laman PRPM dan takrif “tambi” yang tertera di laman tersebut mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua.

Terkini, ada pengguna media sosial yang membangkitkan hal takrif perkataan “sepet” yang dikaitkan dengan orang Cina dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Entah kenapa mereka masih merujuk kamus lama sedangkan dalam kamus terbaharu iaitu Kamus Dewan Perdana, perkataan “sepet” tiada lagi dikaitkan dengan orang Cina.

Beberapa pengguna media sosial menyarankan pihak DBP mengemaskini takrif istilah dalam laman PRPM berdasarkan entri dan takrif terkini mengikut Kamus Dewan Perdana. Saya turut bersetuju dan berharap pihak DBP segera berbuat demikian.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga harus faham bahawa fungsi kamus adalah merakam kata dan sejarah. Saya amat berharap, pihak DBP tidak kalah dengan usikan seperti ini dan memadam kata atau takrif asal.

Ahli politik mahupun masyarakat, berhentilah mainkan sentimen tidak bijak. Lagi satu, jangan panggil orang dengan panggilan yang mereka tak suka.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat