Pertamanya, kami di Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan rasa bangga ingin mengucapkan TAHNIAH kerana anda telah berjaya melalui satu liku-liku, pahit manis, onak duri dan segala cabaran sepanjang berada di alam persekolahan dan berjaya menamatkan SPM tahun ini. Alhamdulillah.
Semoga pengalaman berharga sepanjang akan dapat disimpan dalam memori, dan semoga setiap perjalanan hidup kita diampuni oleh Allah.
Kedua, kami nak kongsikan beberapa perkara penting tentang hala tuju selepas SPM yang akan datang,
Ramai orang menganggap, SPM ini seolah-olah macam segala-galanya. Kalau keputusan SPM yang keluar nanti bagus, maka itulah kejayaan. Kalau tak bagus, itulah kegagalan. Sedangkan, percayalah wahai adik-adik, SPM bukanlah pengakhiran hidup, dan keputusannya nanti bukanlah penentu kejayaan hidup.
Namun begitu, SPM juga merupakan salah satu cara untuk mengejar impian anda terutamanya untuk memasuki alam universiti. Dengan keputusan SPM, anda boleh pilih laluan sama ada kursus ;
a) Persijilan
b) Tingkatan 6
c) Diploma
d) Matrikulasi / Asasi / A-Level
Selepas itu, anda perlu kenal pasti kelebihan masing-masing.
Ada orang, mungkin dia hebat dalam menyanyi, melukis, menulis, berpidato, berniaga.
Iktiraf kelebihan dan bakat masing-masing. Setiap orang ada nilai yang unik dan tersendiri.
Sekiranya sambung belajar di peringkat seterusnya, belajar dan berdikari lah sungguh-sungguh. Ikutlah persatuan islam yang ada suasana yang soleh seperti Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Aktif ikuti program yang dapat perbaiki diri masing-masing. Pada masa yang sama, jaga akademik dan pembelajaran. Kemudian, cari sahabat yang baik, jaga akhlak, jaga maruah, jaga hak agama, dan sebagainya.
Di luar sana sudah tidak sama seperti zaman sekolah. Jangan terkejut bila ramai yang berjaya di sekolah, tetapi terkandas di pengajian tinggi. Banyakkan berdoa agar Allah pelihara kita semua.
Kami doakan yang terbaik untuk adik-adik semua. Semoga Allah memimpin hidup kita selamanya. Ameen.
Ahmad Shukery bin Azizan
Pengarah KRIM Kota Raja


