KENYATAAN MEDIA
ISMA menyokong preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu dijadikan teks rasmi
1. ISMA menyokong saranan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang mahu preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu dijadikan teks rasmi seperti yang terkandung dalam perkara 160B Perlembagaan.
2. ISMA melihat perkara ini selaras dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan kerajaan termasuk dalam mahkamah.
3. ISMA berpendapat Preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu ini bakal memberikan impak positif kepada perundangan Syariah.
4. Walaupun dalam peringkat saranan, ISMA suka sekiranya kerajaan dapat mengangkat cadangan ini.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
16 Januari 2023