Lawatan Kerja Isma JB ke Isma Pengerang

Oleh : Mohd Khairul bin Ahmad Nordin

PENGERANG, 12 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Johor Bahru hari ini mengadakan sesi Lawatan Kerja YDP Isma Johor Bahru ke Isma Cawangan Pengerang.

Lawatan Kerja yang diketuai oleh Ustaz Wan Mohd Azli itu turut disertai oleh Saudara Mohd Khairul, Setiausaha Cawangan dan Saudara Aizat Farid, ahli jawatankuasa cawangan.

Mereka telah disambut baik oleh Ustaz Faiz Lee Johan Lee, Pengerusi Penaja Isma Pengerang beserta ahli jawatankuasa yang lain.

Dalam sesi lawatan itu, Ustaz Wan Mohd Azli berkongsi perkembangan terkini Isma di pusat dan cawangan selain turut menerangkan beberapa projek khas yang menjadi fokus di cawangan.

Penerangan berkaitan pengurusan organisasi dan perihal keahlian pula telah disampaikan oleh saudara Mohd Khairul.

Isma cawangan Pengerang merupakan salah sebuah cawangan yang diberikan fokus perkembangannya oleh Isma Johor.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat