KENYATAAN TAKZIAH
WANITA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (WANITA ISMA)
PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA
Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita ISMA) merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, seorang tokoh wanita yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara dan masyarakat.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat Malaysia. Sepanjang hayatnya, Tun Dr. Hasmah telah menabur bakti dalam bidang perubatan, kebajikan masyarakat serta pembangunan wanita dan keluarga. Ketokohan, kesederhanaan, keprihatinan dan dedikasi beliau menjadi sebahagian daripada sejarah perjalanan negara yang akan terus dikenang.
Wanita ISMA khususnya ingin merakamkan setinggi-tinggi takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan yang amat dikasihi. Semoga Tun Dr. Mahathir dan seisi keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta saat dukacita ini.
Sesungguhnya segala jasa dan bakti Tun Dr. Siti Hasmah kepada masyarakat dan negara merupakan warisan yang akan terus dikenang oleh generasi mendatang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan beliau, menerima segala amal soleh dan kebajikan, melimpahkan rahmat serta kasih sayang-Nya, dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di Jannatul Firdaus.
Amin Ya Rabb.
Shazamawati Zam Hashari
Ketua Wanita
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


