Pupuk Semangat Patriotisme sejak kecil

Semangat cintakan tanah air yang dimiliki oleh setiap individu tercermin daripada perilaku untuk membela dan melindungi tanah airnya. Rela berkorban demi kepentingan bangsa, mencintai adat, budaya, serta lingkungan yang ada padanya.

Begitu pentingnya memiliki rasa cinta terhadap tanah air atau biasa disebut dengan semangat patriotisme. Sebaiknya ibubapa menanamkan semangat patriotisme ini sejak kecil lagi kepada anak-anak. Bukan dilakukan hanya pada bulan Ogos sahaja tetapi pada bila-bila masa.

Mari ikuti tips berikut:

1. Pengenalan sejarah kemerdekaan.
Ceritakan tentang pahlawan-pahlawan yang telah berjuang merebut kemerdekaan sehingga mempertaruhkan nyawa. Tanamkan bagaimana perasaan mempertahankan hak milik kita yang harus ada pada generasi pemimpin ini.

2. Pengenalan bendera.
Sebelum aktiviti mengibarkan bendera, buat pengenalan bersama anak-anak tentang warna dan bentuk yang ada pada bendera tersebut. Pasakkan prinsip dalam diri mereka bahawa negara Islam adalah agama rasmi dan persekutuan dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini. Selama-lamanya harus islam yang memimpin dan menerajui kepimpinan Malaysia.

3. Lagu-lagu, sajak, pantun.

Antara cara lain menanamkan rasa cinta pada negara adalah dengan memperdengarkan lagu-lagu yang membangkitkan semangat patriotik. Lagu juga adalah medium yang efektif untuk menanamkan nilai-nilai bagi anak-anak. Tak terkecuali nilai kebangsaan dan patriotisme. Ajarkan anak-anak menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu-lagu perjuangan yang enak dinyanyikan. Kenalkan mereka pada muzik sehingga lebih menjiwai ketika menyanyikan lagu-lagu itu. Walau bagaimanapun, boleh diperkenalkan warisan tradisi sajak, pantun dan syair mengikut tahap kefahaman anak-anak supaya nilai kemelayuan di negara asal Tanah Melayu ini tidak pupus begitu sahaja.

4. Warisan tradisonal.
i. Senjata: Antara warisan tradisional yang boleh diperkenalkan ialah senjata warisan keris yang sangat popular pada zaman kegemilangan empayar Islam Melaka.
ii. Permainan tradisional: seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain lagi yang masih boleh didapati. Warisan-warisan ini mengajar anak-anak nilai kesederhanaan, kehebatan sesuatu bangsa bukan terletak pada material tetapi pada kuat semangat dan rohnya.

iii. Pakaian tradisional: seperti baju kurung dan baju melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan. Pemakaian tanjak yang sangat gah dan terzahir sifat keperwiraannya.
iv. Makanan tradisi: seperti nasi lemak, roti canai dan banyak lagi makanan tradisi mengikut negeri dan kaum.

Perkembangan otak anak-anak sangat mudah menyerap dan pemikirannya akan terbentuk sejak kecil. Tanam sikap dan cara berfikir yang baik-baik dari didikan kita sendiri sebagai ibubapa. Tunggu apa lagi? Jom tanamkan semangat patriotik pada anak-anak kita, sekarang juga buka esok atau nanti!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat