Rasuah dah memburuk
Lebih menakutkan bila mereka yang terlibat adalah pihak atasan yang menguasai negara . Siapa yang berani melaporkan apa yang berlaku kalau yang terlibat bos -bos besar mereka.
Tengok siapa yang sedang dalam proses pendakwaan sekarang ini.
Sebelum ini mereka memegang tampuk tinggi organasasi negara atau agensi – agensi kerajaan. Ada satu perumpamaan yang mengatakan ibarat rasuah bagi mereka yang berada dibawah ” terima rasuah selamat, tolak rasuah nahas”.
Rasuah di Malaysia ibarat telah ” memburuk “. Agak susah untuk dirawat melainkan dipotong kaki bagi penyakit diabetes. Tapi siapa yang berani memotong kaki jika rasuah ibarat kaki pesakit diabetes yang kritikal perlu dipotong kaki.
Pesakit diabetes akur dengan arahan doktor yang merawat sedangkan penerima dan pemberi rasuah masih gah dipersada negara samada dalam politik dan lain-lain bidang. Bahkan mereka masih ego dan gah dengan kedudukan masing-masing.
Persoalan siapa yang berani untuk membasmi rasuah jika pemberi dan penerima rasuah adalah organisasi yang besar dan berpengaruh serta berkedudukan.
Perangkap siap dipasang untuk memerangkap pelapor rasuah dan penguatkuasa bukannya pemberi dan penerima rasuah. Perdana Menteri ke 7 yang memerintah Malaysia selama 22 tahun pernah mengaku tidak mampu membasmi rasuah di negara ini. Siapa lagi yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran negara selain Perdana Menteri.
Kalau seorang Perdana Menteri yang berkuasa selama 22 tahun sudah mengaku kalah, sudah jelas gejala ini memerlukan usaha yang luar biasa dari pemimpin semasa termasuk agensi penguatkuasa dan masyarakat.
Isu pelancung Cina dan India cecah ratusan ribu tidak diketahui statusnya sehingga sekarang dan tiada berita kedudukan mereka. Adakah jabatan yang bertanggungjawab tidak tahu status mereka atau mereka terperangkap samada perlu diteruskan siasatan atau perlu dihentikan kerana ada isu-isu besar lain yang boleh menggugat kelompok tertinggi yang lebih tinggi dari kuasa mereka. Ini satu contoh yang perlu difikirkan bersama oleh warga Malaysia yang cintakan tanah air ini dari tergadai oleh tangan-tangan jahat yang mengejar kesenangan dan kemewahan.
Rasanya tidak salah jika dikatakan pergeseran politik di Malaysia sekarang ini dan mungkin berlanjutan di masa masa mendatang masih tidak terlepas dari skandal rasuah dikalangan mereka yang terlibat.
Tindakan tegas dan luar biasa perlu digerakkan dari sekarang untuk membendung terus gejala ini tetapi ianya memerlukan satu pendekatan yang berkesan melibatkan semua tenaga kepakaran negara yang ada individu dan organisasi. Ianya tidak cukup berkesan jika hanya diserahkan kepada beberapa agensi penguatkuasa sahaja kerana keterbatasan kuasa dan kemampuan mereka.
Apa yang lebih menakutkan jika rasuah menjadi budaya pemerintahan negara dan diwariskan kepada generasi seterusnya jika perasuah masih diberikan kedudukan dalam politik dan pemerintahan negara.
Sharipudin bin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Negeri Kelantan


