Aku Sebuah Mesin Exercise

Namaku elliptical machine. Ada juga yang memanggilku cross trainer. Aku duduk terperuk di tepi tangga. Umur ku tahun ini mencecah tiga tahun setengah.

Kadang hari-hari ku sunyi sungguh. Sendu. Kadang aku dengki melihat tuan ku lebih memilih kasih terhadap kasut sukan berwarna biru pink yang dia selalu simpan di almari berhadapan dengan ku.

Harini tuan ku menggunakan ku setelah sekian lama tidak menggunakan. Aku kehairanan. Tiba-tiba kedengaran guruh. Oh rupanya hari ini hujan ye.

Minggu lepas dia menggunakan ku kerana cuaca panas di luar.
Tugas ku adalah berfungsi untuk membantu menggerakkan kaki dan badan tuan ku supaya jantungnya lebih berdegup cergas serta, berpeluh membakar lemak badannya.

Harap-harap tuan ku masih menggunakan aku selalu kerana aku sedia berkhidmat selagi kudratku sihat. Cuma satu khidmat yang aku tak reda. Harap tuan ku serta anak-anaknya tidak menyangkut tudung mahupun barang-barang seperti botol air atau raket badminton di badanku, kerana aku juga rimas disalah guna.

Apa pun, aku inigin mengucapkan tahniah kepada tuan ku kerana berjaya melengkapkan senaman sebanyak 10km di waktu pagi yang sejuk membugar  ini. Hujan dan cuaca sangat mendamaikan.
Sebenarnya tadi aku buat perangai sekejap aku sengaja memadamkan diri selepas dia menggerakkan kaki 7 minit.

Biarlah tuan ku itu. Anggapkan saja aku beri protes dan suruh dia panaskan badan dulu tadi. Tapi aku pun pelik kenapa dia tidak memilih utk menarik selimut kerana harini anak-anaknya cuti sekolah. Mungkin dia mahu membuli aku sebenarnya untuk bekerja untuknya pagi ini.

Semoga aku dapat bertemu lagi tuan ku untuk sesi khidmat senaman seterusnya.

Sekian luahan hati,
Aku Sebuah Mesin Exercise

Nurul Aizat Ariffin
Aktivis Wanita ISMA Gombak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat