KENYATAAN MEDIA : ISMA Bantah Usaha Penggunaan Doktrin Struktur Asas Dalam Mahkamah

KENYATAAN MEDIA
ISMA Bantah Usaha Penggunaan Doktrin Struktur Asas Dalam Mahkamah
1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membantah penggunaan Doktrin Struktur Asas (BSD) yang ingin dijadikan amalan di Mahkamah Persekutuan.
 
2. ISMA menolak BSD ini kerana boleh menggugat asas pembentukan negara dan bimbang menimbulkan kekacauan dalam perundangan negara setelah amalan pengasingan tiga kuasa terhapus.
 
3. ISMA juga gusar jika BSD dijadikan amalan perundangan, ini secara tidak langsung akan menggugat kuasa dan merendahkan lagi martabat Mahkamah Syariah.
4. Selaku rakyat Malaysia, ISMA melihat BSD ini akan menidakkan hak sebagai rakyat Malaysia selaku penggubal undang-undang melalui Parlimen.
 
5. Justeru itu, ISMA menyokong sepenuhnya petisyen yang dilancarkan oleh saudara Lukman Sheriff dan rakan-rakan peguamnya (https://chng.it/Z5hWSmfMsL). ISMA juga akan melancarkan kempen menentang BSD ini dan mengajak semua badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh umat Islam untuk turut serta dalam kempen ini.
 
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
8 September 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat