Menurut rekod Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang dilaporkan pada Julai 2026, sebanyak 120 𝗸𝗲𝘀 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗮𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗮𝗹𝗸𝗼𝗵𝗼𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 2023 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗝𝘂𝗻 2026.
Daripada jumlah itu, 26 kes melibatkan pemandu mabuk, manakala 94 kes melibatkan pemandu di bawah pengaruh dadah. Angka ini menunjukkan bahawa ancaman pemanduan di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang menjejaskan keupayaan memandu memerlukan perhatian serius.
Disebabkan itu, banyak kes kemalangan yang menyebabkan kematian. Ada keluarga yang kehilangan suami, isteri, ibu, bapa atau anak akibat tindakan tidak bertanggungjawab orang lain.
𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶?
Apabila tragedi ini berlaku, kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan mengecam pemandu mabuk. Seharusnya, kerajaan mesti menunjukkan tindakan yang jelas, konsisten dan berkesan. Oleh itu, ISMA menggesa Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri supaya memperhebat penguatkuasaan,memperkukuh pencegahan dan memastikan keselamatan rakyat di jalan raya menjadi keutamaan.
1. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺
Saya melihat pendekatan penguatkuasaan di Australia sebagai antara contoh yang wajar diberikan perhatian.
Di Australia, polis melaksanakan Random Breath Testing (RBT), iaitu ujian pernafasan untuk mengesan alkohol yang boleh dijalankan secara rawak di sekatan jalan raya dan melalui rondaan polis. Pendekatan ini bertujuan memastikan pemandu sedar bahawa mereka boleh diperiksa pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Malaysia juga perlu memperkukuh pendekatan pencegahan sedemikian.
Saya menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), supaya memperhebat pemeriksaan dan ujian saringan alkohol di lokasi serta waktu berisiko tinggi.
Antara langkah yang perlu diberikan perhatian ialah:
i) 𝗦𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻, khususnya pada waktu malam, hujung minggu dan selepas acara yang berisiko melibatkan pengambilan alkohol.
ii) 𝗨𝗷𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗸𝗼𝗵𝗼𝗹 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸, tertakluk pada kuasa undang-undang dan prosedur yang berkenaan.
iii) Operasi penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan.
iv) Penerbitan statistik penguatkuasaan secara berkala supaya masyarakat dapat menilai keberkesanan tindakan kerajaan.
Pihak polis menyatakan bahawa operasi membanteras pemandu mabuk, termasuk sekatan jalan raya dan ujian saringan rawak pada waktu berisiko tinggi, pernah dilaksanakan di Malaysia. Oleh itu, tuntutan kita ialah supaya pendekatan ini diperkukuh, dilaksanakan secara konsisten dan keberkesanannya diukur secara terbuka.
Penguatkuasaan yang berkesan bukan sekadar menangkap pesalah selepas tragedi berlaku, tetapi memastikan orang ramai berfikir berkali-kali sebelum melakukan kesalahan.
2. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, bagaimana dengan 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮?
Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang berat bagi kesalahan pemanduan berbahaya. Buktinya, negara telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 2020 bagi memperberat hukuman terhadap kesalahan pemanduan berbahaya, termasuk kes yang melibatkan pengaruh alkohol.
Manakala, di bawah Seksyen 44, bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian, hukuman bagi pesalah yang disabitkan boleh melibatkan penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000. Bagi sabitan kali kedua, hukuman penjara boleh meningkat kepada 15 hingga 20 tahun.
Ini menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya sudah mempunyai peruntukan undang-undang yang berat.
Namun, persoalan yang perlu dijawab adalah, a𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗻du 𝗺𝗮𝗯𝘂𝗸?
Undang-undang yang berat sahaja tidak memadai jika pemandu masih merasakan bahawa mereka mempunyai peluang untuk terlepas daripada pemeriksaan atau tindakan undang-undang.
Oleh itu, kerajaan perlu menilai secara menyeluruh keberkesanan penguatkuasaan, proses pendakwaan, tempoh penyelesaian kes dan pelaksanaan hukuman terhadap pesalah yang disabitkan.
Kita tidak mahu undang-undang hanya kelihatan tegas di atas kertas, tetapi rakyat mahu undang-undang yang benar-benar berfungsi untuk melindungi nyawa.
3. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗶
Persoalan yang perlu dijawab adalah, adakah setiap kes pemandu mabuk yang meragut nyawa disiasat dan didakwa sewajarnya tanpa mengira latar belakang, kedudukan atau kemampuan kewangan individu yang terlibat?
Saya tidak menuduh mana-mana pihak melakukan salah laku tanpa bukti. Namun, kerajaan dan pihak berkuasa perlu mengambil serius sebarang persepsi bahawa wujud layanan berbeza dalam pelaksanaan undang-undang.
Jangan sampai rakyat hilang keyakinan dan merasakan bahawa undang-undang hanya tegas terhadap golongan tertentu, sedangkan individu yang mempunyai wang, kedudukan atau pengaruh mendapat layanan istimewa.
Saya menggesa kerajaan memastikan:
i) Tiada campur tangan politik, tekanan pihak berkepentingan atau pengaruh orang atasan dalam siasatan, pendakwaan dan proses kehakiman.
ii) Sebarang dakwaan rasuah, salah guna kuasa atau campur tangan dalam pengendalian kes disiasat secara bebas dan telus.
iii) Pihak berkuasa perlu menjelaskan prosedur serta asas undang-undang bagi keputusan penting dalam kes berprofil tinggi, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
iv) Statistik pertuduhan, keputusan kes dan hukuman bagi kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol diterbitkan secara berkala untuk membolehkan keberkesanan sistem dinilai.
Kita tidak meminta sesiapa dihukum tanpa perbicaraan yang adil. Kita menuntut supaya setiap orang menerima layanan yang sama di sisi undang-undang dan tiada sesiapa boleh menggunakan pengaruh untuk mengelakkan tanggungjawab.
Keadilan bukan sekadar memastikan seseorang dibawa ke mahkamah. Keadilan juga menuntut proses yang telus, akauntabiliti dan bebas daripada sebarang pengaruh yang tidak wajar.
4. 𝗣𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮: 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴
Saya menyambut baik perkembangan terbaru apabila kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya, termasuk kemungkinan penyitaan aset pesalah yang gagal membayar pampasan.
Namun, cadangan ini mesti diterjemahkan kepada undang-undang yang jelas dan berkesan, bukan sekadar tinggal sebagai pengumuman.
Hukuman penjara dan denda sahaja tidak seharusnya menjadi satu-satunya bentuk pertanggungjawaban apabila pemanduan mabuk menyebabkan kematian.
Di sebalik setiap angka kemalangan maut, terdapat ibu bapa yang kehilangan anak, isteri yang kehilangan suami, suami yang kehilangan isteri dan anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.
Mereka bukan sahaja menanggung kesedihan, malah mungkin berdepan kehilangan pendapatan keluarga, kos pengebumian, komitmen kewangan dan perubahan besar dalam kehidupan.
Sebagai permulaan, kerajaan wajar mempertimbangkan pampasan minimum sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 bagi setiap kes kematian, tertakluk pada reka bentuk undang-undang dan pertimbangan mahkamah yang bersesuaian.
Kita perlu jelas bahawa wang tidak mampu menggantikan nyawa. Tiada jumlah pampasan yang dapat mengembalikan seorang ayah kepada anak-anaknya atau seorang ibu kepada keluarganya.
Namun, pampasan tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan waris dan memastikan pesalah turut memikul tanggungjawab terhadap kesan perbuatannya.
Saya berharap kerajaan tidak sekadar mendengar suara rakyat, tetapi mengambil langkah konkrit untuk memastikan tragedi yang sama tidak terus berulang.
Kita tidak mahu kerajaan hanya menghukum selepas nyawa melayang. Kita mahu penguatkuasaan yang mampu mencegah tragedi, undang-undang yang adil tanpa pilih kasih dan pembelaan yang sewajarnya untuk keluarga mangsa.
Jangan sampai masyarakat melihat kehilangan nyawa akibat pemandu mabuk sebagai sesuatu yang biasa berlaku. Jangan tunggu satu lagi keluarga kehilangan insan tersayang untuk kita kembali bercakap tentang isu yang sama.
Apa guna jadi pemerintah andai nyawa rakyat dilayan seperti nyawa binatang?
Muhammad Hasbi bin Ibrahim
YDP ISMA Kubang Pasu


