KENYATAAN MEDIA : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Rai Kemenangan Palestin ke Atas Israel

KENYATAAN MEDIA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Rai Kemenangan Palestin ke Atas Israel

Isma mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam di Palestin, pemimpin dan rakyat, atas kemenangan besar mereka meruntuhkan kesombongan Israel di dalam perang 10 hari Saiful Quds.

Pelajaran buat kita di Malaysia bahawa tidak ada jalan lain bagi umat Islam untuk mencapai kemuliaan kecuali dengan istiqamah di atas prinsip dan berjihad dengan sepenuh upaya.

Umat Islam seluruh dunia terhutang budi kepada rakyat Palestin yang telah menjaga maruah Islam untuk satu tempoh yang panjang. Mari bersama kita balas jasa tersebut dengan menyumbangkan apa yang kita miliki untuk pembangunan Palestin dan seterusnya pembebasannya.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA
21 Mei 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat