KENYATAAN MEDIA : Suara Wanita Malaysia Tidak Perlu Diwakili LGBT

1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membantah sebarang perhimpunan haram sempena Hari Wanita yang mempunyai unsur LGBT seperti tertera ‘Trans Women Are Woman” di plakad.

2. ISMA yakin, ideologi LGBT bertentang dengan budaya masyarakat Malaysia yang masih berpegang teguh dengan nilai-nilai agama.

3. ISMA turut berpendapat, pemerkasaan dan suara wanita di Malaysia ini tidak layak didasari atau didokong oleh suara dan aktivis LGBT.

4. Syabas diucapkan kepada pihak berkuasa yang bertindak pantas membuka kertas siasatan ke atas penganjur perhimpunan haram di Sogo beberapa hari lalu.

5. ISMA berharap agar, pihak kerajaan yang terus tegas dengan prinsip tidak akan menyokong ideologi dan pihak-pihak yang cenderung dengan kelompok LGBT.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
16 Mac 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat