Tangguh Larangan Jual Arak, Seolah-olah Mempermainkan Umat Islam

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

Penangguhan larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina sekitar ibu negara, yang sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selama sebulan, disifatkan sebagai satu keputusan yang amat mengecewakan.

Sebelum ini, garis panduan yang berkuat kuasa 15 November tahun lalu dan dimuat naik di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my/ menyatakan penjualan liquor di tiga premis (kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina) tidak dibenarkan mulai 1 Oktober 2021. Walau bagaimanapun, DBKL berkata, larangan ini ditangguhkan bagi tempoh satu bulan mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur menyifatkan keputusan ini sebagai suatu yang mengecewakan, lebih-lebih lagi kepada umat Islam.

“Tiada keperluan untuk tangguh lagi. Tempoh sudah diberi daripada waktu pengumuman lalu. Berapa banyak lagi nyawa mahu kita pertaruhkan akibat kerosakan pemabuk jalanan ini! Berharap menteri tidak bersikap dayus membenarkan pengedaran arak berleluasa di kawasan awam.” soalnya meluahkan ketidakpuasan hati dengan keputusan DBKL.

Turut merasakan kekecewaan terhadap penangguhan larangan ini adalah Ketua Pemuda ISMA Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Ahmad.

“Arak memang najis dan merosakkan. Adakah kita menunggu ahli keluarga kita yang menjadi mangsa korban baru kita menyesali tindakan (penangguhan larangan) ini? Berapa banyak kerosakan lagi yang kita sanggup terima kerana pemabuk yang tidak bertanggung jawab ini?”, luahnya ketika disoal oleh media.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan dan majoriti penduduknya adalah Muslim, sekiranya larangan ini tidak dilaksanakan sehingga tarikh akhir penangguhannya (30 Oktober 2021), perbuatan ini ibarat mempermainkan umat Islam yang telah lama menunggu untuk Negara ini bebas daripada arak.

Masyarakat dan NGO akan terus memerhati tindakan kerajaan dan pemerintah tempatan. Jangan sehingga rakyat bangkit ke jalanan kerana keculasan pemerintah dalam perkara ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat